ok. Pada sesi makmal yang pertama, kami diajar menggunakan Adobe Dreamweaver. Sebenarnya, aplikasi ini memang sudah ada di dalam laptop saya, cuma saya tidak perasan kerana tidak tahu menggunakannya. hee. sekarang bila sudah belajar, barulah datang keinginan dan kemahuan untuk explore apa itu Adobe dreamweaver..
kami diajar oleh Pn Saidah tentang asas untuk menggunakan aplikasi ini. kami diajar apa itu HTML, XHTML dan XML. HTML (HyperText Markup Language) is a languange for describing web page. kami juga didedahkan dengan sample HTML code. Kami mencuba sendiri bagaimana mahu menukar warna latar belakang, memasukkan image, add caption under image, heading, text styles, text formatting tags, list, hyperlinks, frameset dan edit table.
Melalui pembelajaran ini, kami mendapat banyak pengetahuan tentang asas pembinaan sebuah laman web. Namun masih banyak yang perlu kami pelajari. Nantikan entry yang seterusnya :)

No comments:
Post a Comment